23/04/10
V I D E O - JURI TERHIBUR?
V I D E O - ALQURAN PENJANA WAHDATUL UMMAH LIVE@FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2010
V I D E O - ADAB BERJUANG LIVE @ FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2010
22/04/10
FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2010



Keputusan pertandingan akan diumumkan sekitar pukul 2 petang nanti. Ya Allah, berkatilah perjuangan kami dalam mencari keredhaanMu Ya Allah.
Amin.
21/04/10
L I R I K: ADAB BERJUANG
LAGU KEDUA :: ADAB BERJUANG
FESTIVAL KESENIAN ISLAM DAERAH TAWAU 2010
Lirik & Lagu : Surfiansyah Nanang
2010 sulfatspace
*KEIKHLASAN
BERKORBAN APA SAHAJA
ILTIZAM DAN ISTIQOMAH
PATUH DAN TIDAK GENTAR DALAM BERJUANG
ITULAH ADAB-ADAB BERJUANG
TUNTUTAN ISLAM
MENCARI KEREDHAAN ALLAH
UNTUK MENEGAKKAN
SYIAR AGAMA
FISABILLAH
**BERJUANG
MENDALAMI AGAMA
MENGAMALKAN AJARAN ISLAM
DAN SEBARKANNYA PADA UMMAH
BERJUANG
MENGHILANGKAN WAS-WAS
MENINGGALKAN TINGKAH MAKSIAT
MENGHAPUSKAN KEZALIMAN
MENGHINDARKAN KEMUNGKARAN
MENGUKUHKAN IMAN
*
++SESUNGGUHNYA
ORANG-ORANG YANG BERIMAN
DAN BERHIJRAH KE JALAN ALLAH
KORBAN HARTA DAN DIRI MEREKA
ADALAH LEBIH TINGGI KEDUDUKANNYA
DI SISI ALLAH DAN ITULAH
ORANG YANG BEROLEH KEMENANGAN
YA ALLAH YA TUHANKU
|
BERKATILAH PERJUANGAN HAMBAMU INI
UNTUK MEMILIKI KEREDHAANMU ALLAH
**
*
FISABILLAH.. 6X
L I R I K: AL-QURAN PENJANA WAHDATUL UMMAH

LAGU PERTAMA :: AL QURAN PENJANA WAHDATUL UMMAH
FESTIVAL KESENIAN ISLAM DAERAH TAWAU 2010
Lirik & Lagu : Suryati Bohari
2010 sulfatspace
* Al-Quran..Al Quran..Al Quran ..Al Quran
Al-Quran kitabullah
Dusturina wal jalilullah..
Allah...Allah...4x
** Al-Quran.. symbol of UNITY
Kalamullah words of the Al-Mighty
Al- Quran generates wahdatul ummah
It’s the road of guideness that brings truthness…2x
Insan muslimin muslimat
Bersama hayati kitab Al Quran
Jadi panduan manusia sekalian
Berlandaskan kehidupan dalam kebenaran
Wahai insan sedarlah semua
Cinta dunia bersifat sementara
Cinta akhirat kekal selamanya
Pengubat ketika diri sengsara
Jika lupa ingat padaNya
Al Quran dan sunnah jadi pedoman
Hikmahnya amat bererti
Dilimpah hidayah dari Ilahi
**
Al Quran kitabul mukjiz
Nazalahu ‘ala nabi Muhammad
Alhamdulillah Alhamdulillah
nurul hidayah wasyifa’i linnafsi
alQuran... Al-Quran penjana wahdatul ummah...
Wahai INSAN SEMUA bertolonglah kamu
ke atas jalan kebaikan dan taqwa
janganlah kamu bertolong-tolongan
ke atas perkara dosa dan tegahan
*** Tinggi ciptaan indah kalimah
Tenang di hati taqwa merimbun
manusia mentauhidkan Allah
merekalah mukmin yang bersatu
* , ***
Al-Quran.. symbol of UNITY
Kalamullah words of the Al-Mighty
Al- Quran generates wahdatul ummah
L I R I K: TUNTUTAN 2 FARDHU

LAGU 2 : : TUNTUTAN DUA FARDHU
Lagu/lirik : Suryati Bohari @ SMKMBT
2010 sulfatspace
Haaa..............2x *
Tiada Tuhan selain-Nya Allah Maha Besar, Muhammad rasul yang utama..
Islam gemilang dipersada dunia
Ummat bersatu amalkan suruhan-Nya..
Wahai umat Islam Ingatlah fardhu yang wajib
Harus ditunaikan selagi bernyawa Dirikanlah solat( Lima waktu...), keluarkan zakat Puasa bulan Ramadhan,
Haji bila termampu
Walau kita makhluk yang lemah lagi kerdil
Namun berdosa jika meninggalkannya
Haaa..............2x **
Umat Muhammad Umat yang mulia
Sentiasa disegani masyarakat sejagat
Bila melengkapi dua fardhu utama
Syurga menanti janji yang Maha Esa
Fardhu ain kifayah, dua tuntutan utama
Dilunasi ikhlas hati, Diredhai Ilahi...2x
Beringatlah, beramallah bersama satu hati
Islam terus dikagumi dunia dan ukhrawi
Haaa..............2x * , Haaa..............2x ,
** Fardhu ain kifayah, dua tuntutan utama
Dilunasi ikhlas hati, Diredhai Ilahi...2x
Beringatlah, beramallah bersama satu hati
Islam terus dikagumi dunia dan ukhrawi Haaa..............2x
L I R I K: 1 MALAYSIA BANTERAS DADAH

LAGU 1 :: 1 MALAYSIA BANTERAS DADAH ::
Lagu/lirik : Suryati Bohari @ SMKMBT
2010 sulfatspace
Hu….. hu….hu….hu….
Wahai sahabatku, ingat amalan larangan Allah
Sebelum menghiasi dirimu
Hiasi peribadimu
Allah mengasihi,
Hamba-Nya yang berhias diri
Ia menzahir nikmat Ilahi
Sunnah Rasul terpuji
Usah kau cuba mendampingi
Dosa yang merosakkan dirimu
Jangan perkecil azab Ilahi
Janji Allah yang pasti
Dadah membawa kemusnahan
Meracuni akal fikiran
Maruah diri akan tergadai
Keluarga dihina
* Bertaqwalah…mensyukuri nikmat-Nya
Segala diberi atas rahmat-Nya
Dadah membinasakan jati diri
Menjauhi rahmat Ilahi
Peliharalah imanmu sahabatku,
Jauhi diri dari hasutan nafsu
Berzikir dan beribadat
Istighfar dan bertawakal
Patuhi perintah Allah
Tinggalkan larangan-Nya
Jangan dilupakan solat
Kerana ia mencegah
perbuatan keji dan mungkar
Subhanallah, Astaghfirullah,
Bersama satu Malaysia,Jauhi dosa besar
Subhanallah, Astaghfirullah,
Bebaskanlah Negara kita, Dari dadah durjana.
Bersatu kita seluruh Malaysia
Banteras dadah yang merbahaya
Usah jadikan diri hamba pada
Dadah musuh Negara …2x
Ulang *