
LAGU 1 :: 1 MALAYSIA BANTERAS DADAH ::
Lagu/lirik : Suryati Bohari @ SMKMBT
2010 sulfatspace
Hu….. hu….hu….hu….
Wahai sahabatku, ingat amalan larangan Allah
Sebelum menghiasi dirimu
Hiasi peribadimu
Allah mengasihi,
Hamba-Nya yang berhias diri
Ia menzahir nikmat Ilahi
Sunnah Rasul terpuji
Usah kau cuba mendampingi
Dosa yang merosakkan dirimu
Jangan perkecil azab Ilahi
Janji Allah yang pasti
Dadah membawa kemusnahan
Meracuni akal fikiran
Maruah diri akan tergadai
Keluarga dihina
* Bertaqwalah…mensyukuri nikmat-Nya
Segala diberi atas rahmat-Nya
Dadah membinasakan jati diri
Menjauhi rahmat Ilahi
Peliharalah imanmu sahabatku,
Jauhi diri dari hasutan nafsu
Berzikir dan beribadat
Istighfar dan bertawakal
Patuhi perintah Allah
Tinggalkan larangan-Nya
Jangan dilupakan solat
Kerana ia mencegah
perbuatan keji dan mungkar
Subhanallah, Astaghfirullah,
Bersama satu Malaysia,Jauhi dosa besar
Subhanallah, Astaghfirullah,
Bebaskanlah Negara kita, Dari dadah durjana.
Bersatu kita seluruh Malaysia
Banteras dadah yang merbahaya
Usah jadikan diri hamba pada
Dadah musuh Negara …2x
Ulang *
0 komentar:
Posting Komentar